Sunday 27 November 2016

CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PADA PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH

CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PADA PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH.

  • kewujudan sistem pendidikan berbeza.Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.
  • Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum.Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu.Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
  • Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik. 
  • Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
RUJUKAN;
  • http://www.melvister.com/2014/07/cabaran-mengekalkan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3-2014.html,
  • http://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html.
  • http://joehoze.blogspot.my/2011/10/hubungan-etnik-di-malaysia.html.
  • http://documents.tips/documents/faktor-penghalang-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional.html.

No comments:

Post a Comment