Sunday, 27 November 2016

CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PADA PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH

CABARAN YANG DIHADAPI YANG MENYEBABKAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK SUKAR DICAPAI PADA PERINGKAT AWAL SEMASA KEDATANGAN BRITISH.

  • kewujudan sistem pendidikan berbeza.Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.Contohnya, wujudnya sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina.
  • Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum.Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu.Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet.
  • Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik. 
  • Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
RUJUKAN;
  • http://www.melvister.com/2014/07/cabaran-mengekalkan-perpaduan-kaum-sejarah-pt3-2014.html,
  • http://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia.html.
  • http://joehoze.blogspot.my/2011/10/hubungan-etnik-di-malaysia.html.
  • http://documents.tips/documents/faktor-penghalang-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional.html.

Sunday, 20 November 2016

BAGAIMANA MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU.

BAGAIMANA MASYARAKAT MAJMUK WUJUD DI TANAH MELAYU


  • Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
  • terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India danCina.
(melayu , cina , dan india)

  • masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu danmasyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
  • gabungan istilah kaum dan bangsa masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiridaripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek  politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.
  • Kelompok-kelompok ini bercampurantetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.
  • Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysiasahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkanmasyarakat majmuk.
  • Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa erakegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapunkehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaanistilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 denganadanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sinikita akan mengupas
    kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahankuasa asing

RUJUKAN;https://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-Majmuk-Di-Malaysia

APAKAH MASYARAKAT MAJMUK?


A)PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


  • Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
  • Corak pembentukkan masyarakat malaysia telah berubah dan wujudlah pembentukkan masyarakat majmuk. 







Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.







rujukan :https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/



Sunday, 13 November 2016

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir kursus ini , para pelajar dapat :

  1. menyatakan dengan jelas fakta-fakta sejarah malaysia tentang kemasyarakatan, pembentukkan negara, institusi pemerintahan,pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar malaysia.
  2. menerangkan dengan betul fakta-fakta sejarah malaysia tentang kemasyarakatan , pembetukan negara , institusi pemerintahan pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar malaysia . 
  3. menguraikan dengan tepat fakta-fakta sejarah malaysia tentang kemasyarakatan , pembentukan negara , institusi pemerintahan pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar malaysia . 
  4. merumuskan dengan betul fakta-fakta sejarah malaysia tentang kemasyarakatan , pembentukan negara ,institusi pemerintahan pembangunan sosio-ekonomi dan dasar-dasar malaysia .